Saturday, 30 March 2013

Pola Saliran

Pola saliran reranting


·        Berbentuk seperti ranting pokok
·        Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang dari sudut tepat
·        Terdapat di kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan
·        Contoh:Sungai Kelantan,Sungai Baram,Sungai Rajang,Sungai Pahang



Pola Saliran jejala


·        Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut secara berselang-seli
·        Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut
·        Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat , iaitu 90
·        Contoh:Sungai Perak
 Pola Saliran selari 

 

·        Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain
·        Terdapat di cerun curam
·        Contoh:Sungai Kinabatangan
Pola saliran jejari

·        Berbentuk seperti jejari roda
·        Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung
·        Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah
·        Contoh:Tasik Toba,Indonesia,Sungai-sungai di Gunung Kinabalu
Pola saliran gegelang

·      Cawangan-cawangan sungai mengalur menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah
·      Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai

 
 
        





No comments:

Post a Comment